Aminurraasyid Yatiban

Profesor Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban merupakan seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau bertugas sebagai Profesor Madya di Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Beliau merupakan pengarah pertama dan masih menyandang sebagai pengarah di Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia. Pada tahun 2020, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[1].